Sabtu, 22 Mei 2010

produk Roselle



1.Anti Penuaan. Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya.

2. Pencegahan Penyakit Kardiovaskular. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan dianggap sebagai ’silent killer’. Keadaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL( kolestrol jahat ) akan meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat. Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri dan sekaligus mengelakkan dari terjadinya penyakit tekanan darah tinggi.

3. Pencegah Kanser. Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan, dan minuman merupakan punca utama kepada terjadinya kanser. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.

4. Demam Panas/Selsema. Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selsema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masalah demam panas.

5. Resdung (alergi) dan Lelah (asma). Pengambilan Coscinium Plus ( makanan tambahan ) dan Roselle adalah dua gabungan yang terbaik kepada permasalahan begini.

6. Stress / Sukar tidur. Bagi mereka yang menghadapi masalah stress dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur.

7. Diabetis ( kencing manis ). Halwa Roselle amat baik untuk menstabilkan kandungan gula untuk penyakit diabetis.

8. Mencergaskan minda.